Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Warga RTB bertahlil di Kubah Makam Diraja
08/07/2025




Radio Televisyen Brunei (RTB) petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bersempena Jubli Emas Perkhidmatan TV Brunei di Kubah Makam Diraja, di sini.

Majlis berkenaan adalah khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.

Hadir, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan daripada JPM dan RTB.

Sumber beritaPelita Brunei
Sumber foto InfoFoto